Tentang Kami

F.A.Q

SOALAN 1:

Apakah hukumnya dalam Islam mengerjakan upah haji untuk orang yang sihat dan berkemampuan dari segi fizikalnya lalu meninggal dunia?

JAWAPAN:

Hukum mengerjakan haji untuk orang lain dinamakan badal haji (upah haji).

Hukumnya diharuskan oleh Syarak menurut jumhur fuqaha berdasarkan hadith daripada Nabi ﷺ:

Maksudnya: 
“Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya, tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya.” Sabda Baginda: “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.”
– Hadis riwayat al-Bukhari, Ahmad dan An-Nasaie
 
Hadith di atas menjelaskan boleh melaksanakan haji bagi pihak yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian. Nabi juga membuat perbandingan antara orang yang melunaskan haji yang belum dikerjakan sama dengan melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia.
 
Badal haji atau ganti haji bermaksud seseorang yang telah melakukan haji untuk dirinya lalu melaksanakan haji untuk orang lain sama ada seseorang yang telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh untuk melakukan ibadah haji ke tanah suci, sama ada dengan upah atau tidak.  (Dipetik dari Laman Mufti Wilayah AL-KAFI #433 : HUKUM BADAL HAJI)
 
Syarat Badal Haji Yang Sah
 
Walaupun syarat badal haji diharuskan tetapi hendaklah menepati syarat-syarat seperti berikut:
 
  • Tidak sah badal haji bagi yang mampu untuk melakukannya sendiri.
  • Boleh dilakukan upah haji ini kepada mereka yang sakit tiada harapan sembuh, lumpuh atau kepada mereka yang meninggal dunia.
  • Badal haji tidak sah kepada orang fakir kerana ketiadaan wang. Ia hanya untuk orang yang lumpuh / sakit / tidak berdaya dan tiada harapan sembuh daripada penyakit.
  • Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji untuk orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.
  • Boleh bagi wanita melaksanakan badal haji untuk lelaki dan sebaliknya.
  • Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.
  • Sebaiknya badal haji itu dilaksanakan oleh anaknya, kerabatnya dan saudara mara yang terdekat dengannya. Jika dilakukan oleh orang lain, maka hukumnya adalah harus.
  • Tidak boleh seseorang yang diwakilkan itu, mewakilkan pula kepada orang lain dengan syarat ia diberitahu kepada pemberi amanah tersebut dan ia bersetuju dengan tindakan itu.
  • Perlu diwakilkan atau diupah haji itu kepada seorang yang baik, jujur, amanah dan berilmu untuk melaksanakan badal haji tersebut.
Kesimpulannya, hukum mengupah haji bagi mereka yang telah meninggal dunia yang tidak sempat untuk menunaikan haji ketika hidup adalah diharuskan syarak namun terlebih afdhal waris sendiri yang melaksanakan upah haji bagi seseorang yang meninggal dengan syarat yang telah disebutkan tadi. Sekiranya tiada waris terdekat barulah boleh mengupah orang lain melaksanakannya berdasarkan syarat-syarat yang disebutkan tadi. (Dipetik dari Laman Mufti Wilayah AL-KAFI #433 : HUKUM BADAL HAJI)
 
SOALAN 2:
Berapa lamakah Proses Badal haji ini diperlukan?
 
JAWAPAN:
Proses Badal Haji boleh kita kategorikan kepada 3 bahagian :
 
  • Proses Pertama: Proses pendaftaran. Kebiasaannya setiap tahun, pendaftaran bermula sebaik selesai musim Haji tahun semasa sehingga 45 hari sebelum Musim Haji seterusnya.
  • Proses Kedua: Proses pemilihan individu-individu yang bakal diamanahkan untuk melaksanakan upah haji oleh wakil kami di Tanah Suci. Kebiasaan proses ini mengambil masa 4-5 bulan sebelum musim haji bermula untuk mencari individu-individu yang sesuai dan diyakini. 
  • Proses Ketiga: Pelaksanaan Upah Haji ketika Musim Haji dan pengurusan sijil dan cenderahati. Proses penyediaan dan penghantaran cenderahati dari Tanah Suci mengambil masa selewat-lewatnya satu (1) atau dua (2) bulan selepas Musim Haji untuk tiba di Malaysia bergantung keadaan semasa. Pembungkusan sijil dan cenderahati mengambil masa selewat-lewatnya satu (1) bulan selepas penerimaan cenderahati dari Tanah Suci sebelum diposkan kepada para waris.
SOALAN 3:
Adakah wakil atau petugas yang akan melaksanakan Badal Haji pihak Tuan boleh dipercayai?
 
JAWAPAN:
Alhamdulillah sudah 10 tahun berturut-turut bermula tahun 2012 EZ Kembara berurusan dengan wakil di Tanah Suci, In shaa Allah kami yakin dengan amanah yang diberikan kepada wakil di Tanah Suci setelah melalui beberapa penilaian oleh pihak syarikat.
 
SOALAN 4:
Adakah Wajib pelaksana Badal Haji bagi arwah adalah mengikut jantina arwah yang dibuatkan upah haji?
 
JAWAPAN:
Tiada dalil khusus menyatakan harus orang yang melaksanakan badal itu sama jantina dengan penama yang dihajikan, yang ada setakat ini hanyalah Hadith berbentuk umum:
 
Maksudnya:
Telah menceritakan kepada kami [Musa bin Isma’il] telah menceritakan kepada kami [Abu ‘Awanah] dari [Abu Bisyir] dari [Sa’id bin Jubair] dari [Ibnu ‘Abbas radliallahu ‘anhuma] bahwa ada seorang wanita dari suku Juhainah datang menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernadzar untuk menunaikan haji namun dia belum sempat menunaikannya hingga meninggal dunia, apakah boleh aku menghajikannya?” Beliau menjawab: “Tunaikanlah haji untuknya. Bagaimana pendapatmnu jika ibumu mempunyai hutang, apakah kamu wajib membayarkannya? Bayarlah hutang kepada Allah karena (hutang) kepada Allah lebih patut untuk dibayar.” – Hadith Riwayah Bukhari: 1513
 
Namun perlu diketahui, kebanyakan petugas atau wakil badal haji adalah daripada kalangan lelaki kerana bagi wanita agak berisiko untuk dipilih disebabkan faktor keuzuran atau mahram. 
 
SOALAN 5:
Kekeliruan berkaitan kos bagi jemaah Haji dari Malaysia yang bertolak untuk musim Haji dan kos bagi Badal Haji.
 
JAWAPAN:
Pelaksana atau petugas Badal Haji yang melaksanakan Badal Haji bagi penama arwah bukanlah dari jemaah yang bertolak dari Malaysia, tetapi sebahagian besar dari kalangan pemastautin yang berada di sekitar Makkah. Kos bagi jemaah dari Malaysia untuk bertolak melaksanakan Haji di Makkah menjangkau lebih daripada RM10,000 dan ada yang mencecah RM 50,000 bagi perkhidmatan khas tertentu yang ditawarkan oleh pelbagai institusi. Ini berbeza dengan kos bagi petugas yang telah melaksanakan Haji dan merupakan pemastautin di Makkah yang diupah untuk melaksanakan Badal Haji oleh pihak syarikat.
 
SOALAN 6:
Sepanjang musim pandemik, bagaimana dengan Badal Haji yang tidak dapat dilaksanakan kerana SOP tertentu yang diperketatkan atau diubah dari semasa ke semasa?
 
JAWAPAN:
Bagi Badal Haji yang tidak dapat dilaksanakan atas faktor yang berada di luar kawalan pihak syarikat, waris diberi pilihan sama ada membuat permohonan pulangan semula atau memberi kebenaran kepada pihak syarikat untuk membawa pendaftaran ke tahun seterusnya atau pilihan-pilihan lain yang dirasakan wajar oleh pihak syarikat sesuai keadaan semasa dengan persetujuan bersama antara waris dan pihak syarikat.
Scroll to Top
Panggilan Akhir untuk Pendaftaran Badal Haji iaitu pada 14 Mei 2024 | 5 Zulkaedah 1445H
This is default text for notification bar