Terma & Syarat

Saya adalah Pendaftar (Waris) bagi Badal Haji (Upah Haji) yang telah didaftarkan, adalah tertakluk kepada peruntukan Terma dan Syarat EZ Kembara Sdn Bhd (yang selepas ini akan dikenali sebagai “Syarikat”) seperti berikut :

  1. Saya bersetuju untuk menerima sebarang pindaan semasa kepada pelaksanaan Badal Haji, yang difikirkan munasabah dan terbaik oleh pihak syarikat.
  2. Semua maklumat yang diberikan di dalam permohonan hanya digunakan oleh Syarikat bagi tujuan proses Badal Haji dan penghantaran maklumat semasa Syarikat yang berkaitan.
  3. Sekiranya Badal Haji tidak dapat dilaksanakan pada tahun semasa atas sebab yang berada di luar kawalan Syarikat seperti pandemik dan sebagainya, Syarikat boleh memberi pilihan kepada saya sama ada membuat pemulangan semula bayaran pakej dengan penolakan kos pentadbiran pihak syarikat sebanyak 2%, membawa pendaftaran ke tahun seterusnya atau sebarang alternatif lain yang munasabah dan terbaik bagi kedua-dua pihak tertakluk keadaan semasa.
  4. Saya bersetuju untuk menerima cenderahati lain sebagai ganti kepada Air Zam-zam sekiranya Syarikat mengalami kesulitan dalam menyediakan bekalan Air Zam-zam atas sebab-sebab yang berada di luar kawalan Syarikat.
  5. Saya bersetuju dan bersedia memberikan sebarang kerjasama yang diperlukan oleh Syarikat bagi melancarkan proses pelaksanaan Badal Haji saya.
  6. Saya memperakui semua maklumat yang diberikan di dalam borang pendaftaran adalah benar.
  7. Sebarang pendaftaran yang dibuat secara manual (Telefon, E-mel dan Whatsapp), bukti bayaran perlu diserahkan kepada Syarikat dan disahkan oleh Syarikat bagi tujuan rekod dan penghantaran resit. Syarikat berhak mendapatkan slip atau bukti transaksi bagi pembayaran yang dibuat melalui Perbankan Online seperti pemindahan (Transfer) melalui Maybank2u, CimbClicks dan lain-lain. Makluman (Notification) yang dihantar melalui E-Mel oleh pihak perbankan sebaik sahaja pembayaran dibuat tidak dianggap sebagai bukti bayaran. Bukti bayaran ini diperlukan bagi tujuan pengurusan Akaun Kewangan.
  8. Selepas pengesahan bagi pendaftaran Badal Haji diterima sama ada melalui online (pendaftaran secara online; pengesahan diperolehi secara auto) atau secara manual (Telefon, E-mel dan Whatsapp), Syarikat tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kesilapan maklumat di dalam borang seperti nama, alamat dan lain-lain. Pendaftar (Waris) boleh membuat pembetulan kepada maklumat pendaftaran dengan memaklumkan pengurusan Syarikat dalam tempoh tujuh (7 ) hari bekerja selepas pendaftaran dibuat.
  9. Syarikat tidak bertanggungjawab kepada sebarang kesilapan pembayaran yang dibuat ke akaun yang salah oleh Pendaftar (waris). Pendaftar dinasihatkan agar terus membuat laporan segera kepada pihak perbankan yang terlibat sekiranya berlaku kesilapan ketika membuat pembayaran.
  10. Saya bersetuju untuk menerima semua Terma dan Syarat di atas beserta Sijil dan Cenderahati yang ditetapkan oleh Syarikat tanpa sebarang prejudis.
Scroll to Top
Panggilan Akhir untuk Pendaftaran Badal Haji iaitu pada 5 Mei 2025 | 7 Zulkaedah 1447H
This is default text for notification bar